dadah

dadah

Sunday, 14 September 2014

Kesan Penyalahgunaan Dadah


  •  Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
  • Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
  • Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
  •  Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
  •  Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
  • Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
  • Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
  • Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
  • Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri
Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH


Kurang didikan agama oleh ibu bapa



  • Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing.
  • Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh .
Pengaruh rakan sebaya


  • Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakan-rakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita .Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat.
Pemberontakan diri


  • Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu autoriti .
  • Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .
Gangguan Emosi


  • Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.
Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka


  • Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini.
  • Bak kata pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ,bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan memberikan didikan yang sempurna .